|
Saturday, February 09, 2008
Bahaya tulisan 4JJ1 !!!
<dr sorg shbt>Assalammualaikum...Info bahwa di internet kalau tulisan 4JJ1/4jji kepanjangan dari: FOR JUDAS, JESUS, ISA ALMASIH...
Nauzubillah mindzalik...
Mulai sekarang pakai "4W1" saja.
4ward kan ke semua muslim.
Syukran, wassalammualaikum...WALLAHU A'ALAM..
Posted at Saturday, February 09, 2008 by nAjwa
najwa
Thursday, February 07, 2008
TOLONG FWd KAT ORANG ISLAM YG LAIN!!..LIRIK LAGU YG ADA UNSUR SYIRIK
Syirik lyrics from black eyed peas.
Semua orang mesti tahu lagu "where is the love" nyanyian black eyed peas kan,tau tak dalam senikata dia ada satu rangkap yang bleh membawa korang kepada syirik tanpa korang sedari.... rangkapnya... "father,father,father,help us" "send some guidence from above.. "
Astaghfirullahala'zim..ayat ni memohon bantuan daripada bukan Allah...bila kita mintak tolong daripada selain Allah, kita akan dikira sebagai syirik....aku tak nak kawan-kawan seagama aku syirik tanpa disedari. Harap boleh fowardkan pada sahabat2 semuslim yg lain....
Asy'hadu Alla illah ha illAllah,wa Asy'hadu anna Muhammad da'ra' Rasullullah
tlg hantar kat org islam yg lain ye... jgn lupa.......
Posted at Thursday, February 07, 2008 by nAjwa
najwa
BACA JIKA ANDA ADA MASA UTK ALLAH
-dari seorg sahabat-
BACA JIKA ANDA ADA MASA UNTUK ALLAH
Bacalah sehingga habis..... Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang.. Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini. Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat.. Mungkin malam JUMAAT? Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian... Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain? Kerana..Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka..Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah) Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH! Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!! Ya aku CINTA ALLAH!! Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna. Ini adalah ujian yang mudah. Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu... Kirimkan kepada orang dan kepada pengirim anda. Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian? Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan. Susah vs. Senang Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran? Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali? Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem "forward" kan email yang tak senonoh? Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima. Solat adalah yang terbaik.... Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan. Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka. Tidakkah melucukan bila seseorang berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).
-WALLAHU A'ALAM-
Posted at Thursday, February 07, 2008 by nAjwa
najwa
-dari seorg sahabat-
Pesanan Semasa Mendengar Azan... Subhanallah...! emel ini sedikit sebanyak menyedarkan ku betapa miskin nya diri ini tentang ilmu Allah. Apa yang menarik perhatian saya ialah serangkap ungkapan di bawah yang telah pon saya 'bold' kan . Mari kita sesama renungkan nya... Ada betul jugak apa yang nyatakan itu.
Pesanan Semasa Mendengar Azan...
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allahdgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini! tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yg haram. 3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya: 1) Merahsiakan ibadahnya. 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
*Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali...........
-WALLAHU A'ALAM-
Posted at Thursday, February 07, 2008 by nAjwa
najwa
GAMES MENGHINA ISLAM..HATI-HATI!!!
-dari seorg sahabat-
info tentang game2 yang menghina Islam...so bagi peminat2 games tu...hati2lah ye... Video game yg menghina agama Islam; Bacalah! game yg menghina kita...diminta jasa baik saudara- saudaraku sekalian sebarkan komputer game yang menghina islam:
1. Devil May Cry 3 (untuk platform ps2) Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yg menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata... dan yang membukakan pintu tersebut adalah character c.g.i. yg telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yg sememangnya islam melarang amalan itu ayat character c.g.i. itu ada membaca ayat... klau tak silap lebih kurang begini permulaannya. .. "wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan" [dalam bahasa inggeris] dan character itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. .. klau tak silap kitab bible.. . pasal di akhir scene character tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit di dalam Bible... "wrath, sloth, lust, gluttony" dan tiga lagi ayat yg aku dah luper.....
2. Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia.. Kita kena lawan Tembak dgn askar2 yang BERAGAMA islam... Kalau kita sedar.. Masa kita tembak tuh.. Kita dengar Askar yg kna tembak jerit.. ALLAHUAKBAR. . JIHADD..
3. Prince Of Persia Pedang pada watak tuh.. Ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun": (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.": (Surah Al- Ahzab:71)
Jika kita main game ini bermaksud kite juga menyokong apa yg mereka cuba sampaikan & mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara - saudara kita kat luar sana
-WALLAHU A'ALAM-
Posted at Thursday, February 07, 2008 by nAjwa
najwa
Friday, January 27, 2006
INGATLAH WAHAI KAUM ''PEREMPUAN''
|
MOGA AMBIL IKTIBAR.. |
|
1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya.Kerana dia tahu,bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya.Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.
3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu.Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al- Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini .Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik Tunduk di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. Penyakit dlm hati adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya |
Posted at Friday, January 27, 2006 by nAjwa
najwa
Sunday, January 15, 2006
Seorang anak mendapatkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yabg dihulurkan oleh si anak lalu mmbacanya.
Kos upah mmbantu ibu:
Tolong pergi kedai RM4.00
Tolong jaga adik RM4.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM3.00
Jumlah: RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. si ibu mencapai sebatang pen dan menulis ssuatu di belakang kertas yg sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
Kos air mata yg menitis krnmu -PERCUMA
Kos kerunsingan krn bimbangkanmu -PERCUMA
Kos menyediakan makan minum,pakaian,&kperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah mmbaca apa yg dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, mmluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yg ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yg paling berhak mndapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sbanyak 3 kali), kmudian ayahmu, kmudian saudara-saudara terdekatmu."
Sayangilah Ibu Anda....
Posted at Sunday, January 15, 2006 by nAjwa
najwa
Friday, January 13, 2006
CORAT CORET DI SUBUH HARI
Dah berapa hari dah ni, mata tak dapat lelap, kerja masih bertimbun. roommate dah lama dibuai mimpi. suasana sunyi jer. tiba2 pula rasa tak sabar2 nak grade, kmudian cepat2 dapat kerja, kalau boleh nak cari kerja yg dekat dgn mak. lepas tu tiap2 hari lepak dgn mak. bestnya. kesian dgn mak. kadangkala kita tidak sedar tindakan kita menyebabkan mak dan ayah kita rs ssh hati, terutamanya mak kita. pernahkah kita terfikir itu semua, atau kita sentiasa sibuk mmkirkan tentang diri kita?
Antara soalan cepu emas yg sy sering tanya kpd sahabat2 sy tak kira llki mahupun prempuan ialah, apa yg awak nak buat lps grad nnti? dan kbanyakannya menjawab, kerja dan kahwin, kahwin dan menyambung plajaran ke peringkat yg lebih tinggi bersama suami/isteri tersayang. jarang2 sangat yg sy dapat jawapannya akan berkaitan dgn mak ayah, jd ht sy pn bertanya dmanakah letaknya ayah dan mak dalam hati kita, dimanakah susunan mereka dalam hierarki kasih sayang kita?
tgh boring2 ni. Duk tepikir pasal bdk2 bercouple. nilah budaya yg kian tenat dan kritikal, di mana2 institusi pengajian, bahkan sek menengah, merebaknya budaya ini. sudah menjadi perkara lumrah kalau mlihat couple di tempat begini. org yg single pula dianggap pelik pula. sampai nnti ada yg bertanya, "yer ke dia tak ada pakwe/makwe?"
ORG YG TIDAK BERCOUPLE DIANGGAP PELIK? ish....ish....ish....
Ada pula kes yg nak kahwin time belajar! pulak dah! tak salah....mmg bgs kahwin awal, tp yg kes terang terangan masih belum mmliki tanggungjawab, tidak mmpu memikul amanah, baik tak yah kahwin, nnti pahala tak dapat, dosa pula yg diperoleh. dunia sebelum perkahwinan ini banyak yg ilusi dan khayalan, kononya sanggup memikul tanggungjawab, belajar berdikari, tapi sebelum kahwin tak praktis pun sifat kepimpinan kendiri tersebut. kononnya lagi, selepas kahwinlah baru praktiskan. Aik....pulak dah! kalau camtu gaya, sah nak kahwin ikut nafsu je le tu..
Praktis dr skrg. tanamkan sifat2 bertanggungjawab dlm dr. ini solat 5 waktu tonggang langgang, kadangkala sembahyang kadang kala terbabas, subuhnya mmanjang subuh dinasour, rokok sntiasa dmulut, duit blanja tak ckp, simpanan tak teratur, makan pun pinjam duit member, pergi surau/masjid jarang2, masa lepak dgn kawan2 lagi pnting, dan pelbagai lg kkurangan yg mmpu kt baiki dan ubah ttpi kita mmilih untuk static di takuk sikap kita yg lama. justeru itu, bagaimana kita boleh diizinkan untuk berkahwin ktika masa blajar ni?
Apa yg disebutkan di atas itu pnting krn kalau kita suami, kita akan mendidik isteri dan anak2 kita, begitu jua kalau kita seorg isteri, sebagai ibu kelak, kita akan mmpraktikkan itu semua dgn anak2 kita kelak. harap2 ni bolehlah jg peringatan pada org lain, dan terutama pd dr sendiri ni. Yang pastinya, kasih sayang Mu ALLAH yg amat ku harapkan...yg lainnya, ku serahkan segalanya kembali pdMu...kebahagiaan tersirat di hati, tak tersa kerana kita tak menghayati....
Tak sedo masa berlalu....Dah azan subuh dah....takkan nak duk diam lagi....jom la berjemaah!
-----
sumber> an email from my friend
Posted at Friday, January 13, 2006 by nAjwa
najwa
Tuesday, August 09, 2005
AWAS !! EMAIL BERANTAI !!
AbgLang
28-06-03, 07:47 AM
Subject: BACA DAN EDARKAN...
Subject: Please read. Re: Harap baca wasiat ini.....
Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak
kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan
sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?
Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat
berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya
supaya
disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan dalam masa 2
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh Allah sesuatu
hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu
perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini?
Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat tetapi
kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya
dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan
risalah ini.
Jawapan
Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat
itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi
dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai
tablighnya.
Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida',
Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu"
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan
turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?
Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka
secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah
SWT.
Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira
kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu,
warak,
alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.
Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi
isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi
satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada
cara untuk membuktikan kesahihannya.
60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?
Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan
nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik.
Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan,
mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya
isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca,
diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas.
Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut. Cuma
setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang
kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau
ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk
Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh
imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.
Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah
menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah
syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit,
maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.
Syaitan
akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya
memesongkan aqidah kita.
Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan
pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya
kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut
dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar
hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak
saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun
sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat
tersebut adalah haram.
Wallahu'allam.
Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis
oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat
ini
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama
asalnya Mohamed Elias Skanbeg).
Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso
di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad
antara tahun 1881 hingga 1979.
Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul
Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque
Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali
Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku
pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.
Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal
dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi
pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil
jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".
(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa
Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".
Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar
terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith
sesudah kewafatan baginda".
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik
yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini
kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan
perkara
syirik dan khurafat.
Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar
syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar
si-pengirim".
HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA
KITA SEDARI..INSAFLAH ..SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...
Posted at Tuesday, August 09, 2005 by nAjwa
najwa
Friday, August 05, 2005
Perkhabaran Dusta: Tahun 2005 yang gempar, bhg. 1
Sekali lagi khabar dusta.. Sekali lagi e-mail berantai... Berhati-hatilah wahai umat Islam!
Perkhabaran bertajuk Tahun 2005 yang gempar, telah tersebar melalui e-mail, web forum dan tidak kurang juga weblog.
Isikandungannya adalah di sekitar gerhana yang akan berlaku pada 2005 ini, yang bertepatan pada bulan Ramadhan.
Siapa yang biasa masuk ke al-ahkam.net, barangkali akan terselamat dari perdustaan ini. Kerana pihak panel al-ahkam.net pernah menjawab kekecohan yang pernah berlaku, juga di sekitar gerhana dua kali di bulan Ramadhan. Pihak al-ahkam.net telah menukil takhrij hadis mengenai hal ini.
Mengapa tidak memilih yg ini? Mengapa lebih suka memilih sesuatu yang dusta?!
Samalah juga halnya dengan persoalan, mengapa orang Melayu suka kepada kitab Jauhar Mauhub Durratun Nasihin? Mengapa tidak pilih sahaja kitab al-Azkar. Atau Riyadhus Solihin?
Kerana al-Azkar mengandungi kesahihan yang sudah terjamin. Sedangkan Jauhar Mauhub Durratun Nasihin mengandungi 1001 macam pendustaan.
Yang dusta itu penuh dengan sensasi. Fantasi. Cukup mengkhayalkan. Begitu enak didengar.
Yang benar itu kurang enak didengar. Tidak sensasi. Membetuli akal dan fikiran. Asing dari khayal dan fantasi.
Mendengar dongengan karut marut, ibarat dibius oleh opium. Rasa nyaman dan enak darinya bukanlah hakikatnya. Khayal semata-mata. Hanya bohong dan dongengan sahaja. Yang bodohnya, orang yang sudah tahu, bahawa itu hanya khayalan, bukan kenyataan namun terus mencandunya. Yang kasihannya, yang terus meyakini bahawa khayalan darinya itu adalah hakikat.
Aduh!! Cukup celaka.. Aduh! Cukup malang...
Sudah dasar manusia pencandu cerita-cerita dongeng dan dusta!
zain y.s
----------
Posted at Friday, August 05, 2005 by nAjwa
najwa
|
|
|
 _HIJJAZ__FAR EAST__DEVOTEES

_SAFF ONE_ _SAHABAT HIJJAZ_
_pORtaL sAHabaT hiJJAz__FAR EAST__forum KErabAT DEVOTEES_
_NASYID.COM_
_PORTAL UKHWAH@DEHEARTY_
 _KOMUNITI MUSLIMAH_
_NASYID ON STAGE_

NURMESTIKA a.k.a KAK IKA
IRIY
DIGITALHACKER a.k.a SYAFIQII
KAK SHIDAH
AMIRUL REZASECRET WHITE a.k.a ILYANA
MFGKASIH_NAILOFARAIMAN
_PORTAL PENDIDIKAN__mySCHOOLNET_
_HARIAN METRO_
_BERITA HARIAN_
_THE STAR_

Salam ukhwah buat teman Menyimpulkan sebuah ikatan Mendirikan satu perhubungan Menjalinkan kuntuman kemesraan Agar perjuangan tetap di landasan
Salam ukhwah buat teman Andai tersilap tolong perbetulkan Andai benar minta disebarkan Bersama dalam satu perjuangan Antara keikhlasan dan keterpaksaan Namun nilainya adalah sebuah keimanan
Salam ukhwah buat teman Bagai aur dengan tebing Bagai isi dengan kuku Saling memerlukan Saling bergantungan Itulah antara kau dan aku
Ku teruskan perjalanan Kau pimpinlah aku Ku inginkan pengertian Kau doronglah aku Kerana aku sendiri di sini Masih lagi dalam keliru Antara nyata dan mimpi Adanya aku di sini. TIADA SEORANG PUN PADA SETIAP HARINYA MELAINKAN DIA SEBAGAI TAMU, DAN HARTANYA SEBAGAI PINJAMAN,TAMU HARUS MENINGGALKAN TEMPAT SEDANGKAN PINJAMAN HARUS SEGERA DIKEMBALIKAN. ~Abdullah Bin Masu'd~ SESUNGGUHNYA ILMU ITU HARUS DICARI OLEH ORANG YANG MEMERLUKANNYA,BUKANNYA MENCARI ORANG YANG BERHAJAT KEPADANYA. ~Imam Malik~
KETAHUILAH,BAHAWASANYA SABAR ITU ADALAH TINGKAT DARI TINGKAT-TINGKAT AGAMA, DAN SUATU KEDUDUKAN ORANG-ORANG YANG BERJALAN MENUJU KEPADA ALLAH TAA'LA. ~Imam Ghazali~
JIKA ENGKAU TIDAK MAHU DISAKITI JANGANLAH ENGKAU MENYAKITI ORANG LAIN. ~Yusuf Al Qardawi~
BUKU
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan
awam dan meluru ke meja pendaftaran. Saya nak buat aduan! Saya nak komplen! jerkah
Chot. Ada apa, encik? tanya pustakawan bertugas. Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh
mendukacitakan! kata Chot. Apa masalahnya? tanya pustakawan itu lagi.
Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa
yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan
cerita langsung!
Pustakawan tersebut berkata, Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!
<<>>
MASA
Chot: Chet, skrang dah pukui brapa?
Chet: 3:15 petang.
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?
Chet: Awat lak? Bila lak aku tipu hang?
Chot: Sepanjang ari aku dok tanya masa kat
orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama...
<<>>
KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan
menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik
di woksyoptu yang sememangnya tahu akan kebendulan Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, Apa hang buat tu?
Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos
kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua
cermin tingkap kereta ni dulu baru tiup!
SUMBER: KOMUNITI SAHABAT HIJJAZ
KIRIMAN: alifmimyanun

|
|